masakan asam pedas dari indonesia

Saturday, November 9th 2013. | Indonesia, lauk pauk, Makanan, masakan, resep

by: masakan asam pedas
1. Ikan Merah Masak Asam Pedas
Hari ni saya masak asam pedas kegemaran kami sekeluarga. Kalau dah peminat no 1 asam pedas, kalau makan kat luar pun mesti nak cari asam pedas juga. Tapi biasalahkan, kalau masak sendiri, lagi puashati dan puas makan.
Bahan-Bahan:
1 ekor ikan merah sederhana besar – di potong
2 biji tomato-belah 4
secekak daun kesom-agak2lah ya
1 btng bunga kantan-belah 2
1 btng serai- di ketuk
3/4 cawan air asam jawa (3 sb asam jawa, bancuh dngn 1/2 cwn air)
Garam dan sedikit gula
minyak utk menumis
Bahan Kisar
1 cawan cili kisar
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci belacan, dibakar
1 sudu kecil lada hitam biji*(*di tumbuk kasar)
Air secukupnya -dlm 4 cwn
Cara-Cara
Ikan di siang, bersihkan, cuci dan toskan. Sementara itu belah tomato dan ketepikan dulu.
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga naik bau, masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak. Masa menumis guna api sederhana dan sentiasalah di kacau ya.
Masukan air dlm 1 cwn dan biarkan mendidih.
Bila mendidih, masukkan ikan dan jus asam jawa, gaul rata dan biar mendidih.
Tambah tomato, bunga kantan dan daun kesum. Tambahkan air dlm 3 cawan lagi. Kepekatan dan kecairan kuah ikut selera masing2 ya.
Biarkan mendidih lagi. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Biar masak dengan api sederhana. Rasa dan jika ok boleh matikan api, angkat dan hidangkan bersama nasi putih.

2. Masak Asam Pedas Ayam

Bahan-bahan
1 ekor ayam (dipotong kecil)
1 batang serai (dititik)
Daun kesum
Sekuntum bunga kantan (dibelah 5)
Air asam jawa (50gm asam jawa + secawan air)
3 cawan air
Sedikit lada hitam – tumbuk kasar
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan kisar
35 tangkai cili kering (gunting, rendam dan toskan)
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci kunyit
1 inci halia
Sebesar saiz ibu jari belacan

Cara-cara
Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang dikisar bersama serai sehingga garing.

Masukkan ayam, bunga kantan, daun kesum. Gaul sebati dan tutup kuali sehingga ayam agak mengecut
Masukkan air asam jawa dan gaul sebati. Masukkan pula garam dan lada hitam. Gaul sebati
Tambahkan air secukupnya.
Akhir sekali, tutup kuali dan tunggu sehingga ayam empuk serta mendapat kepekatan kuah asam pedas yang ideal.
Boleh lah diangkat dan dihidangkan dengan nasi putih atau dicicah sahaja dengan roti putih.

Nota
Kuah asam pedas ayam biasanya lebih pekat berbanding asam pedas ikan.

Asam pedas ayam biasanya agak berminyak disebabkan minyak yang turun dari ayam tersebut. Oleh itu, pada yang tidak gemar, boleh buangkan minyak tersebut terlebih dahulu sebelum menghidangnya

Pada sesiapa yang suka dan tahan pedas, bolehlah tambahkan sedikit lada hitam.
3. DAGING ASAM PEDAS
Penilaian :

Potong daging melawan serat, agar daging lebih cepat empuk.

Bahan-bahan/bumbu-bumbu :
500 gram daging sapi, dipotong 4x5x1/2 cm
250 gram kentang, dipotong kotak
2 buah tomat, dipotong-potong
6 butir bawang merah, diiris tipis
1 1/4 sendok teh garam
3/4 sendok teh gula pasir
1.000 ml air
1 batang daun bawang, dipotong-potong
1 tangkai daun seledri, dipotong-potong
1 sendok teh air jeruk nipis
2 sendok makan minyak untuk menumis

Bumbu Halus:
4 buah cabai merah
6 buah cabai rawit
50 gram kenari
3 siung bawang putih
3 cm kunyit
2 cm jahe
1 cm lengkuas

Cara Pengolahan :
Lumuri daging sapi dengan 1/2 sendok teh air jeruk nipis dan 1 sendok teh garam. Diamkan 15 menit.
Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bumbu halus sampai harum. Tambahkan daging sapi. Aduk sampai berubah warna.
Masukkan tomat, air, kentang, garam, dan gula pasir. Masak sampai matang. Menjelang diangkat, tambahkan daun bawang, daun seledri, dan air jeruk nipis. Aduk rata.
Untuk 8 porsi

tags: , , ,